Kelas Google & Asas Ict

14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 13 Oktober 2019, bermula jam 9 pagi sehingga 11 pagi, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan di Bilik Latihan PI yang terdiri daripada pelajar sekolah. 'Tools' bengkel adalah menggunakan search engine ‘Google’.

Tujuan bengkel adalah:
 Membuat akaun gmail.
 Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
 Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
 Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
 Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kelebihan dan kebaikan asas ICT:
 Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
 Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).
 ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali